Khamis, 2009 Oktober 15
PERKHEMAHAN TAHUNAN 2009-KEM LEMBAH GENTING
Pada 9-11 Oktober SK Telok Gong telah mengadakan Perkhemahan Tahunan Unit Beruniform di Kem Lembah Genting, Batang Kali. Perkhemahan ini telah disertai seramai 80 orang murid dan guru-guru pengiring. Terima kasih kepada guru-guru pengiring yang 'DIE HARD' kerana sanggup tinggal bersama murid-murid selama 3 hari 2 malam di kem tersebut. Pada guru-guru yang lain tidak terkecuali ucapan terima kasih kerana datang menjenguk walaupun ada yang sesat mencari jalan ke kem tersebut. Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan seperti 'night walk', 'flying fox', 'survival cooking', 'jungle tracking' dan bermacam-macam lagi. Guru-guru pun tidak melepaskan peluang menyertai aktiviti tersebut.
| Reactions: |
HARI KANAK-KANAK
Sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia yang diadakan setiap tahun wajar disambut bagi menghargai peranan dan komitmen murid. Selain itu, murid-murid dapat memanfaatkan aktiviti yang berfaedah untuk mengasah dan mengembangkan bakat serta potensi mereka. Pada 6 Oktober 2009, SK Telok Gong telah menganjurkan Hari Kanak-kanak peringkat sekolah dengan jayanya.
| Reactions: |
AL-FATIHAH KEPADA AYAHANDA EN AMEER HAZIM
Al Fatihah kepada ayah salah seorang guru kita iaitu En. Ameer Hazim yang telah kembali ke rahmatullah pada 11 Oktober 2009. Perginya seseorang manusia itu adalah menerima jemputan ilahi. Dunia ini hanya sementara tetapi akhirat adalah kekal. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin...
| Reactions: |
Selasa, 2009 September 15
Jumaat, 2009 September 11
TAMATNYA ZAMAN BUJANG
Pada Ahad, 4 Oktober 2009 bersamaan 15 Syawal 1430H seorang lagi guru SK Telok Gong akan menamatkan zaman bujang beliau. Guru tersebut ialah Cik Rohani bt Saimi akan dinikahkan dengan pasangannya Mohammad b Jasman di Teluk Panglima Garang, Selangor. Majlis akan diadakan di alamat yang bernombor 16 Jalan IP 12, Taman Iram Perdana, 42500 Telok Panglima Garang, Selangor. "Inai ditangan nampak berseri, tanda merai raja sehari, doakan mempelai putera puteri ini, semoga sejahtera kehidupannya nanti".
| Reactions: |
Khamis, 2009 September 10
UPSR MENJELMA

Pada 8-10 September 2009 peperiksaan UPSR telah dijalankan serentak di seluruh negara. Peperiksaan tersebut telah jatuh pada bulan Ramadhan dan ini betul-betul menguji kesabaran dan ketabahan calon-calon yang menjalani ujian tersebut.
| Reactions: |
Selasa, 2009 September 08
PERUTUSAN RAJA SEHARI
Pada 24 September 2009 bersamaan dengan 5 Syawal 1403H akan berlangsungnya majlis pernikahan dan perkahwinan salah seorang guru dari SK Telok Gong iaitu En. Mohd Redzuan b Samsudin dengan pasangannya Sazwani bt Omar. Majlis tersebut akan berlangsung di No. Lot 1686, Taman Mekasar, 17000 Pasir Mas, Kelantan. Walaupun berita ini mengejutkan ramai pihak akan tetapi sekalung tahniah kepada beliau dan semoga ikatan yang dimeterai kekal ke anak cucu.

Isi Utama| Reactions: |
Langgan:
Catatan (Atom)

Contoh Kad Jemputan
Pengawas Peperiksaan aka member n senior angkaradurja
Beratur untuk masuk ke dalam dewan
Papan peperiksaan sedang dijalankan
Pemberian tips sebelum peperiksaan
Muka Depan